Wednesday, June 06, 2007

Cerita Menarik Kanak-kanak Tahun 80an

Kadang-kadang kita tidak sedar masa begitu pantas berlalu. Masa meninggalkan kita seolah-olah seperti air yang mengalir di anak sungai yang tenang. Walau kita tidak nampak aliran itu, tapi air tetap mengalir. Dan apabila kita sedar kita sudahpun melepasi beberapa destinasi dan meninggalkannya jauh. Saya sebenarnya nak mengimbau kembali kenangan masa lalu untuk kita sama-sama fikirkan. Jika ada pembaca yang zaman kanak-kanaknya hidup pada tahun 80an seperti saya, pasti menarik untuk anda baca.

Tanda-tanda anda kanak-kanak tahun 80-an:

kita membesar dengan menonton Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks, Mickey Mouse, Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron dan tidak lupa siri animasi dan aksi dari jepun seperti Ultraman, Maskman, Flashman, Polis Angkasa Gaban, Tosho Daimos,Toriton dan MissComet yang terkenal dengan tongkat ajaibnya


Voltron


Flashman


Polis Angkasa Gaban


Toriton

 
Selain tu kalau malam-malam kita akan tengok citer seperti Oshin, Rin Hanikunma, Oyuki, BJ and The Bear, Knight Rider, The Milliondollarman, Bionic women dan atuk dan nenek kita akan tengok sitkom Hang Setia. Belah siang pula kita akan tengok citer Chiaki atau takpun citer kegemaran ramai iaitu Maero Attack yang kalau gi skolah pun kita terbawa-bawa aksi diorang main bola tampar dan siap hafal lagi lagu dia.

berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dengan classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat sekolah masuk kelas dengan list dentist appointment. Lepas itu bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kena lah tampal.

Ni sure anda ingat...program minum susu di sekolah. Nak galakkan budak-budak time itu minum susu. Sekotak 30 sen saja beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen saja kat kantin.

time sekolah menengah, anda sure beli kasut sekolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz takpun kasut model baru yang ada pemantul cahaya. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal lah...Kalau citer bab hiburan mesti citer pasal 4U2c, Feminin takpun Nico.

internet? email? benda alah apa tu?

CD? apa tu? kaset tape pernah lah dengar.. Tiket wayang pun 5 hinggit saja. Itu pun kena berbaris panjang semata-mata nak tengok citer Sembilu.

kita pergi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dalam dia, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, Super Ring plastik biru yang ada gambar Mikey Mouse pakai baju magic. Bila dah habis exam skolah, main Monopoly lah, Donkey lah, Happy Family lah, Old Maid la dalam class.




Tapi bunyi loceng lah yang paling best sekali. boleh beli aiskrim dengan apek kat luar sekolah itu...

Lagi satu loceng masa nak pergi rehat. Tinggal kan kerja sekolah, jom kita pergi makan. Budak-budak yang dapat Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti keluar awal.

Lagi satu yang seronok masa time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola lah, rounders lah...dan macam yang saya katakan tadi... main bola tampar ala-ala Maero Attack

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', A E I O U, main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dengan aiskrim 10 sen. Ais Pong yang tube aiskrim, ada banyak-banyak color tu. Kalau nak makan, kena patahkan kat tengah2 dia! paling koman pun aiskrim potong yang ada kacang tu.

lipat kertas kecil-kecil, selepas itu buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur lah.

hmm...budak-budak sekarang, bagi mereka, mereka mana pernah dengar lagu 'We Are the World, We Are the Children...'dan lagu 'Uptown Girl' yang mereka tau, yang Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...

AIDS wujud sejak mereka lahir.

CD pun wujud time mereka lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

mereka percaya Spiderman dengan Incredible Hulk tu filem2 baru.

mereka tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer.

mereka tak percaya pernah ada TV hitam putih... yang kalau kita taknak tengok TV kena tutup dia punya pintu sliding kat tv tu. dan mereka sekarang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.

dan mereka tak paham macam mana kita boleh survive dekat universiti tanpa handphone...


hmm...jom kita check, kita ni dah tua ke:

1. anda paham apa yang anda baca kat atas ni, dan anda sure tersenyum

2. kebanyakan member2 kita yang dulunya perangai gila-gila dah kawin.

3. anda sure pelik bila nengok budak-budak kecik main komputer, selamba saja.

4. kita geleng kepala bila nengok budak-budak sekolah rendah guna handphone

5. kita dah tak banyak sembang2 dengan member melalui telefon lagi setiap hari

6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerite2 lama, cerite2 kelakar yang kita alami masa dulu time kecil-kecil, nakal2 dulu...

7. last sekali, bila dah baca artikel ni, anda semua akan tersengih2 macam kerang busuk smbil terangguk2 mengiyakan nya smbl tekenang cite2 lama dan tetiba kita akan tertanya-tanya member-member lama yang jadi kanak-kanak tahun 80an kat mana yer sekarang? Kerja apakah dia? Dah kawin ker belum? dan yang pastinya kita rasa nak buat reunion..hehe

No comments: